KUALA LUMPUR: Ketinggian 184 cm dimiliki atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat memberi kelebihan kepadanya sehingga berjaya mencipta kejutan dengan muncul sebagai raja pecut 100 meter (m) lelaki dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Lebih manis, catatan masa larian 10.64 saat (s) yang direkodkan oleh anak didik jurulatih pecut Mohd Poad Md Kassim dalam kejohanan itu merupakan rekod baharunya selepas mencatatkan 10.70s semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada 2019.
Kejayaan itu sudah cukup untuk mengecewakan atlet kebangsaan dari Sarawak Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua (10.70s), manakala Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak di tempat ketiga (10.85s).
Bagi Mohd Poad, Muhammad Arsyad yang dibimbing sejak 2019, memiliki kelebihan dan 'faktor x' iaitu ketinggiannya untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam acara pecut pada masa hadapan.
"Muhammad Arsyad ada potensi jauh...dari segi ukuran lebih tinggi daripada atlet lain, saya yakin dia boleh mencipta rekod pada masa akan datang," katanya ketika ditemui selepas Kejohanan GP Malaysia baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau mengakui tidak menyangka pelari pecut muda itu mampu melakar kejayaan pada acara itu dan hanya menyasarkannya untuk mencatat rekod baharu peribadi dalam kejohanan itu.
Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu turut diharap mampu mengekalkan momentum lariannya sekali gus mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya tersenarai dalam kuartet 4x100m lelaki pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, November ini.
Mohd Poad sebelum ini pernah membimbing dua atlet pecut meraih emas pada acara riben biru dalam dua temasya Sukan SEA berturut-turut menerusi Khairul Hafiz Jantan di Kuala Lumpur pada 2017 dan Muhammad Haiqal Hanafi di Manila, Filipina pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia. - Bernama
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat sini.
14 individu ditahan kes penyeludupan bernilai RM35 juta
Seramai 14 lelaki termasuk 10 warga asing ditahan menerusi empat serbuan operasi bersepadu di Sarawak membabitkan rampasan lebih RM35 juta pada 20 hingga 23 Mei lalu.
Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat Sabtu petang.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (25 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100 dikhuatiri terbunuh di Papua New Guinea
Bencana besar tanah runtuh di Papua New Guinea dikhuatiri telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang penduduk yang mendiami perkampungan terpencil di wilayah Enga pada Jumaat. Ia melihat kepada skala runtuhan besar di kawasan tanah tinggi Enga yang mana disahkan sekurang-kurangnya lima kampung di kawasan pedalaman itu terlibat.
Kesan banjir, hujan lebat buat rakyat Afghanistan hampir putus asa
Hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan telah mengorbankan ratusan orang, merosakkan beribu-ribu rumah dan memusnahkan ladang yang luas, membuatkan penduduk tempatan seolah-olah berputus asa
'Saya tidak tahu kenapa orang luar sibuk campur tangan'
Warga Perancis dan New Zealand mula meninggalkan wilayah pasifik New Caledonia selepas runsuhan reformasi pentadbiran yang berlaku sejak lebih seminggu tidak menunjukkan tanda reda. Ketegasan penduduk kelihatan apabila rakyat bangkit menggesa kuasa autonomi pentadbiran diberikan kepada mereka dalam kunjungan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke pusat bandar Noumea baru-baru ini, sekaligus mencetuskan penentangan dan pembunuhan tujuh individu setakat ini.
Olahraga: Muhammad Arsyad miliki 'faktor X' untuk pergi lebih jauh
Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.